Kuala Lumpur: Dalam tempoh cuma tiga hari, lebih 800 individu ditahan menerusi Op Cantas Khas (Op Cantas) yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Sabtu lalu dan kebanyakan mereka adalah bekas tahanan mengikut Ordinan Darurat (OD).
Angka itu berdasarkan statistik dikeluarkan polis di tujuh negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Negeri Sembilan serta Melaka dan jumlah individu diperiksa di negeri terbabit sepanjang Op Cantas Khas ialah 3,856 orang.
Berdasarkan rekod, sejak OD 1969 dimansuhkan pada 2011, dianggarkan 2,600 individu yang ditahan tanpa bicara mengikut ordinan berkenaan yang kebanyakan ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor dibebaskan pada Julai tahun lalu.
Bagaimanapun, berdasarkan risikan PDRM, 90 peratus daripada bekas banduan berkenaan dipercayai aktif semula melakukan jenayah berat termasuk menganggotai kumpulan kongsi gelap dan menggunakan senjata api untuk membunuh.

Menerusi Op Cantas, polis melakukan tindakan menyeluruh bagi membanteras jenayah membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas tahanan OD yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.
0 komentar:
Posting Komentar